Wir verwenden Cookies, um Inhalte und Anzeigen zu personalisieren, Funktionen für soziale Medien anbieten zu können und die Zugriffe auf unsere Website zu analysieren. Details ansehen…
Pau Green Cottage

Pau Green Cottage

No 3 Green Cottage Frozen Food, Kompleks Pengumpulan Ladang Merbau Kudung, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang., Butterworth, 13800, Malaysia

Anfahrt

0164530283

Link zur Website hinzufügen

Kategorien
Arbeitszeit Informationen hinzufügen
Über uns famous pau(steamed bun) in Tasek Gelugor. Variety of steamed bun such as red bean, sri kaya, chocolate, chicken and beef.
Pau Green Cottage cover
Beschreibung Kami memulakan perniagaan ini di sebuah kedai yang terletak di No. 3 Kompleks Pengumpulan Ladang Fama Merbau Kudung, Sungai Dua, Butterworth yang mula beroperasi pada Disember 2007.

Kini, kami memiliki kilang yang telah beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2012 di PERDA FOOD PARK, Kubang Menerong.

Setiap jenis inti pau kami di proses sendiri di kilang. Pes kacang, kaya dan coklat dibuat sendiri menggunakan resepi tradisi. Begitu juga inti ayam dan daging bercitarasa traditional kari Pulau Pinang. Resipi inti pau kami ada kelainan rasa daripada yang lain. Kelainan rasa itulah yang menjadikan pau kami istimewa dan enak.

Kami mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak dan agensi yang banyak membantu kepada perkembangan dan kejayaan kami. Antaranya ialah kalian yang sudi memberi sokongan kepada page kami ini, agen-agen kami, PERDA, FAMA, Negeri Pulau Pinang, MARA, TEKUN, SME Bank dan Bank Persatuan dan pelbagai lagi. Pihak-pihak ini memberi bantuan dari segi promosi, pinjaman kewangan dan peralatan serta khidmat nasihat.

Pelbagai anugerah telah diterima oleh kami sepanjang penglibatan dalam dunia perniagaan antaranya, Anugerah IKON Bumiputera Pulau Pinang 2008 (Peserta) dan Tempat ke-2 Kategori Usahawan Terbaik Bimbingan Fama-2011.

Selain dari menjual terus kepada pengguna, kami juga menjual secara pukal kepada agen dengan harga yang lebih murah. ( Sila hubungi kami untuk mendapatkan senarai harga agen). Kami juga sering dijemput untuk menyertai pameran dan expo-expo di seluruh Malaysia. Antaranya SDSI, MIHAS, Halal Fest, Pesta Pulau Pinang dan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang.
  • No 3 Green Cottage Frozen Food, Kompleks Pengumpulan Ladang Merbau Kudung, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang., Butterworth, 13800, Malaysia
  • Anfahrt

Ähnliche Orte in der Nähe