We use cookies to personalise content and ads, to provide social media features and to analyse our traffic. Read more…
Thursday
10
MAY

Kitab#2 : Strategi Branding & Marketing Untuk SMEs

08:00
18:30
School of Franchise
Event organized by School of Franchise

Get Directions

Category
#var:page_name# cover

==================================================
MODUL KITAB - Strategi Branding & Marketing Untuk SMEs
==================================================

Modul KITAB - Strategi Branding & Marketing Untuk SMEs ini merangkumi perkongsian dan pembelajaran ilmu teknikal bisnes yang akan menjawab persoalan-persoalan seperti di bawah:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENJENAMAAN (‘BRANDING’)

• Apakah elemen-elemen terpenting di dalam sesebuah Brand dan apakah pantang larang di dalam pembangunan Penjenamaan? Dan bagaimana SMEs harus memaksimakan bajet yang terhad di dalam membangunkan sesebuah Jenama?

• Bagaimana mencipta ‘Brand Strategy’ khusus untuk SMEs?

• Apakah kepentingan dan sumbangan ‘Brand Equity’ kepada SMEs di dalam perancangan jangka panjang?

• Apakah langkah-langkah yang perlu SMEs ambil di dalam sesebuah ‘Brand development Strategy’

Senarai semak 50 item di dalam Pembangunan Brand akan diberikan kepada peserta KITAB - Strategi Branding & Marketing Untuk SMEs.


BAHAGIAN PERANCANGAN PELAN PEMASARAN (‘MARKETING PLAN’)

Persoalan-persoalan berikut pasti terjawab;

• Apakah kandungan Pelan Pemasaran dan apakah kesilapan-kesilapan asas di dalam proses merancang Pelan Pemasaran bisnes SMEs?

• Apakah contoh-contoh aktiviti untuk ‘Market Validation’ sesuatu produk/ servis sebelum SMEs membuat keputusan memasarkannya di pasaran terbuka?

• Apakah itu ‘Market Situation Analysis’ dan mengapa ia penting di dalam pembangunan Pelan Pemasaran SMEs?

• Apakah contoh-contoh ‘Zero-Cost Marketing’ yang boleh diadaptasi oleh bisnes-bisnes SMEs?

• Bagaimana untuk menentukan ‘Unique Selling Proposition’ produk/ servis dan apakah pentingnya ‘Unique Value Proposition’ kepada bisnes-bisnes SMEs?

• Bagaimana untuk mengenal pasti ‘Marketing Objectives’ dan apakah elemen-elemen penting di dalamnya?

• Apakah garis panduan penting untuk SMEs menggariskan ‘Marketing Strategy’ untuk mencapai ‘Marketing Objectives’ mereka? Adakah ‘Marketing Mix’ itu penting di dalam pembangunan strategi pemasaran bisnes SMEs?

• Bagaimana untuk mengenal pasti ‘Marketing Tactics’ bisnes SMEs anda dan apakah opsyen ‘Communication Channels’ yang tersedia dan paling ‘cost-effective’?

• Apakah ‘Attention – Interest – Desire – Action (A.I.D.A) Marketing Model’ dan bagaimana SMEs perlu merangka aktiviti-aktiviti pemasaran menggunakan model ini?

• Apakah contoh-contoh ‘Key Performance Indicators’ berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pemasaran yang SMEs harus tetapkan?

Contoh Pelan Pemasaran beserta nota-nota dan lampiran-lampiran berkaitan akan diberikan kepada peserta KITAB - Strategi Branding & Marketing Untuk SMEs.