We use cookies to personalise content and ads, to provide social media features and to analyse our traffic. Read more…
Saturday
28
APR

Gerbang Mahligai Sakinah 2018

08:00
14:00
JK PEKA IKRAM
Event organized by JK PEKA IKRAM

Get Directions

Category
#var:page_name# cover

Perkahwinan adalah satu fasa penting di dalam kehidupan setiap insan.Setiap pasangan sentiasa mengharapkan perkahwinan yang dibina dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan.

Kebahagiaan yang ingin dikecapi memerlukan pasangan yang ingin berkahwin bersedia dengan ilmu hukum hakam perkahwinan, pengurusan kewangan, mempunyai tahap kesihatan yang baik dan lain-lain.

Aspek komunikasi berkesan, hubungan intim yang sejahtera, tips menghadapi ketegangan rumahtangga adalah antara ilmu-ilmu penting yang mesti dipelajari oleh pasangan yang ingin berumahtangga.

Malahan jika kita lihat kepada kadar perceraian yang tinggi pada masa ini, kita dapati antara punca perceraian berlaku adalah kerana ceteknya ilmu suami dan isteri dalam mengemudi bahtera perkahwinan mereka.

Oleh itu usaha memberi pengetahuan kepada pasangan yang ingin berumahtangga dengan kaedah-kaedah yang kontemporari adalah usaha yang sungguh murni. Pasangan yang ingin berumahtangga haruslah menyediakan diri dan merebut peluang untuk menimba ilmu-ilmu yang bermanfaat dari mereka yang berpengalaman.