We use cookies to personalise content and ads, to provide social media features and to analyse our traffic. Read more…
Tuesday
17
APR

Kursus Memahami Akta Kerja 1955

09:00
17:00
Pilah Training
Event organized by Pilah Training

Get Directions

Category
#var:page_name# cover

Akta Kerja 1955 terpakai untuk "pekerja" di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ia menyatakan terma dan syarat perkhidmatan serta faedah sampingan seperti cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum. Selain itu, terdapat juga bahagian tentang faedah-faedah minima yang perlu diberikan kepada pekerja yang diberhentikan kerja atau mereka yang bersara.
.
Sekiranya majikan gagal memberikan faedah-faedah minima yang dinyatakan dalam akta, majikan boleh dikenakan penalti atas kesalahan-kesalahan tersebut.
.
OBJEKTIF KURSUS
• Memahami pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955
• Memahami jenis kontrak perkhidmatan
• Mempunyai sistem pembayaran upah/gaji dan cuti yang baik
• Memahami keistimewaan pekerja wanita tentang perlindungan bersalin
• Memberikan waktu dan tempoh masa bekerja yang tidak bercanggah dengan Akta Kerja 1955
• Menguruskan cuti (cuti tahunan, cuti sakit dan lain-lain cuti) dengan berkesan
• Memberikan faedah-faedah penamatan, pemberhentian kerja sementara dan persaraan yang betul
• Menjalankan pengaduan dan siasatan atas kesalahan pekerja dengan baik
• Mengambil tindakan yang betul atas aduan gangguan seksual
• Mengetahui penalti-penalti bagi kesalahanan-kesalahan
.
SIAPA PATUT HADIR KURSUS INI?
Kursus ini perlu dihadiri oleh
• Semua yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia (pengurusan pekerja) terutama mereka yang di Bahagian Sumber Manusia atau Bahagian Pentadbiran Pejabat atau Bahagian Kewangan seperti:
o Pengarah
o Pengurus
o Penyelia
o Eksekutif
o Kerani
• Semua yang terlibat dalam urusan penggajian dan cuti pekerja
• Setiausaha
• Pembantu Peribadi
• Pentadbir Pejabat
• Pemilik Perniagaan
• Usahawan
• Sesiapa yang berminat untuk bekerja di Bahagian Sumber Manusia atau Pentadbiran Pejabat
• Semua pekerja swasta
.
ISI KANDUNGAN KURSUS
.
• PENGENALAN KEPADA AKTA KERJA 1955
.
• DEFINISI
.
• KONTRAK PERKHIDMATAN
o Jenis kontrak perkhidmatan
o Penamatan kontrak biasa
o Penamatan kontrak tanpa notis
o Penamatan kontrak atas sebab-sebab khas
.
• PEMBAYARAN UPAH
o Tempoh upah
o Masa pembayaran upah
o Bayaran upah atas penamatan kontrak biasa, tanpa notis dan sebab-sebab khas
o Pendahuluan dan hadnya
o Penalti bagi kesalahan
.
• POTONGAN-POTONGAN YANG SAH
.
• SISTEM PEMBAYARAN UPAH
o Cara bayaran upah
o Sekatan atas tempat-tempat di mana upah boleh dibayar
o Penalti bagi kesalahan
.
• KEUTAMAAN UPAH DARIPADA LAIN-LAIN HUTANG
.
• MENGAMBIL BEKERJA WANITA
o Larangan kerja malam
o Larangan kerja bawah tanah
o Larangan pekerjaan oleh Menteri
o Penalti bagi kesalahan
.
• PERLINDUNGAN BERSALIN
o Kelayakan mendapatkan elaun bersalin
o Pembayaran elaun
o Kehilangan kelayakan mendapatkan elaun bersalin
o Membayar elaun bersalin kepada penama
o Sekatan pemecatan
o Penalti bagi kesalahan
.
• HARI REHAT, TEMPOH MASA KERJA, HARI KELEPASAN DAN LAIN-LAIN SYARAT PERKHIDMATAN
o Hari rehat
o Kerja pada hari rehat (kerja lebih masa pada hari rehat)
o Waktu kerja
o Hari kelepasan (cuti umum)
o Cuti tahunan
o Cuti sakit
o Penalti bagi kesalahan
.
• FAEDAH-FAEDAH PENAMATAN, PEMBERHENTIAN KERJA SEMENTARA, DAN PERSARAAN

• PENGAMBILAN PEKERJA ASING
o Kewajiban memberi maklumat dan penyata
o Siasatan aduan
o Larangan menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk pekerja asing
o Menamatkan pekerjaan atas sebab lebihan pekerja
o Pengecualian
.
• PENGADUAN DAN SIASATAN
o Tuntutan indemniti bagi penamatan kontrak tanpa notis
o Penalti bagi kesalahan
o Prosedur siasatan
o Remedi pekerja bila majikan hampir melarikan diri
.
• GANGGUAN SEKSUAL
o Pemakaian seksyen ini
o Siasatan
o Aduan kepada Ketua Pengarah
o Kesan keputusan Ketua Pengarah