We use cookies to personalise content and ads, to provide social media features and to analyse our traffic. Read more…
Jabatan Keselamatan USM

Jabatan Keselamatan USM

Jalan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Penang, 11800, Malaysia

Get Directions

+6046534999

Categories
Work hours Add information
About "Memberi perkhidmatan kawalan keselamatan yang berkualiti kepada warga kampus dan pelawat serta memberi khidmat bantuan kepada warga kampus
Jabatan Keselamatan USM cover
Mission Misi :
Menjana suasana kampus yang unggul, selamat serta sejahtera selaras dengan wawasan universiti.
.......................................................................................................

Mission :
To create an ideal, safe and peaceful campus environment, in line with the university’s vision.
Description Sejarah Jabatan Keselamatan, Universiti Sains Malaysia

Bermula dengan kawalan keselamatan oleh Syarikat Safeguard Sdn. Bhd. iaitu semasa Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan pada tahun 1969. Pada 20 Mei 1974 kawalan keselamatan telah diambilalih oleh Pusat Keselamatan, USM yang kini dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dengan keanggotaan asal terdiri daripada seorang Pegawai Keselamatan dan 33 orang Pengawal Keselamatan termasuk 4 orang penyelia. Pada masa yang sama sehingga tahun 1978, Jabatan Keselamatan masih lagi membuat kawalan di dua tempat iaitu di kampus induk dan Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugor yang dipinjamkan oleh Kementerian Pelajaran.

Pada tahun 1982, Jabatan Keselamatan cawangan Kampus Kesihatan telah ditubuhkan di Kubang Krian, Kelantan dan cawangan Kampus Kejuruteraan ditubuhkan di Ipoh pada tahun 1986, kemudian berpindah ke Tronoh dan sekarang di Transkrian, Nibong Tebal. Terkini satu lagi cawangan ditempatkan di IPPT (Bertam) pada tahun 2006 termasuklah beberapa Pengawal Keselamatan ditempatkan di Pusat Kajian Samudera dan Pantai di Muka Head, Teluk Bahang, Tapak Arkeologi Lenggong, Perak dan Tapak Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah.

Sejak awal penubuhannya sehingga awal tahun 2004, pejabat Jabatan Keselamatan adalah di bangunan D01 dan D02 (kini dikenali sebagai Anjung Budi) dan pada 07 Mei 2004, pejabat Jabatan Keselamatan telah berpindah ke bangunan L21 bersebelahan dengan Jabatan Pembangunan.

Sejak penubuhan Jabatan Keselamatan sehingga kini, bilangan staf Keselamatan kampus induk telah ditambah sejajar dengan cabaran dan permasalahan yang semakin meningkat di dalam kampus. Kini keanggotaan Jabatan Keselamatan Kampus Induk adalah seramai 173 orang yang terdiri daripada Ketua Pegawai Keselamatan, KP52 (Kontrak), seorang Pegawai Keselamatan Kanan, KP44, 2 orang Penolong Pegawai Keselamatan, KP27 dan seramai 139 staf Keselamatan dari gred KP11 hingga KP22 dan dibantu oleh 3 orang daripada staf pentadbiran Gred N. Segala a
Products PERKHIDMATAN

◾ Mengawal ketenteraman dan keamanan dalam kampus
◾ Melindungi dan mengawal keselamatan / bangunan / harta / pintu masuk dan keluar dari kampus.
◾ Menguatkuasakan peraturan keselamatan dan lalulintas yang ditetapkan oleh universiti.
◾ Memberi khidmat sosial dan bantuan kepada orang ramai dan universiti.
◾ Memberi sokongan dan menyumbang kepada Universiti untuk mencapai objektif dan misi.
◾ Mengawal lalulintas dalam kampus semasa aktiviti-aktiviti rasmi universiti
◾ Memantau pembaziran letrik dan air dalam kampus
◾ Bertindak sebagai 'Emergency Respond Team' (ERT) dalam kes-kes kecemasan di dalam kampus.
◾ Menangkap haiwan liar dan berbisa yang mengancam keselamatan warga kampus.
.......................................................................................................

SERVICES

◾ Controlling peace and security on campus
◾ Protect and maintain security / building / property / all the entrance of the campus.
◾ Enforce safety and traffic rules set by the university.
◾ Provide social services and assistance to the public and university.
◾ Provide support and contribute to the University to achieve its objectives and mission.
◾ Controlling traffic in the campus during an official university activities
◾ Monitor wastage of electricity and water in the campus
◾ act as' Emergency Respond Team "(ERT) in cases of an emergency on campus.
◾ Capture of wild animals and venomous that threaten the safety of the campus community.
  • Jalan Universiti, Universiti Sains Malaysia, Penang, 11800, Malaysia
  • Get Directions

Similar places nearby