We use cookies to personalise content and ads, to provide social media features and to analyse our traffic. Read more…
MATRADE Sabah

MATRADE Sabah

5th Floor, Block C, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu, 88100, Malaysia

Get Directions

088 - 240 881

Categories
Now CLOSED
Work hours
MO 08:00 – 17:00 SA closed
TU 08:00 – 17:00 SU closed
WE 08:00 – 17:00
TH 08:00 – 17:00
FR 08:00 – 17:00
About MATRADE - Agensi Penggalakan Perdagangan Malaysia.
Bertanggungjawab mempromosikan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke luar negara..hubungi kami
MATRADE Sabah cover
Description Mengenai MATRADE

Visi

Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif

Misi

Mempromosikan Enterpris Malaysia ke Pasaran Dunia
Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:

Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;
Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;
Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;
Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;
Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.

Objektif

Objektif-objektif MATRADE adalah:

Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing;
Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan
Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.
MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk menemukan
  • 5th Floor, Block C, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu, 88100, Malaysia
  • Get Directions

Similar places nearby