We use cookies to personalise content and ads, to provide social media features and to analyse our traffic. Read more…
Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam - SGPI

Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam - SGPI

Aras 4, Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 50603, Malaysia

Get Directions

+60379676193

Add link to website

Categories
Now CLOSED
Work hours
MO 07:30 – 17:00 SA closed
TU 07:30 – 17:00 SU closed
WE 07:30 – 17:00
TH 07:30 – 17:00
FR 07:30 – 17:00
About Halaman Facebook rasmi Program Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains / Teknologi Maklumat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam - SGPI cover
Mission VISI

Menguasai fakta, konsep, dan prinsip serta mampu melaksanakan proses saintifik dalam bidang sains dan teknologi maklumat.

MISI

Mampu menyelesaikan masalah saintifik dan teknologi maklumat selaras dengan kerangka ilmu dan tuntutan Islam.

OBJEKTIF

1. Menyumbang secara berkesan dalam sektor pekerjaan berasaskan pemikiran saintifik dan teknologi maklumat yang berteraskan pengajian Islam.

2. Mampu mengurus dan menyelesaikan masalah selaras dengan kerangka ilmu sains, teknologi maklumat, dan tuntutan Islam.

3. Berkemampuan menjana dan mengurus pembangunan bidang sains, multimedia, dan sistem maklumat secara kritis berasaskan nilai-nilai Islam.
Description Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (SMPIS) dan Sarjana Muda Pengajian Islam & Teknologi Maklumat (SMPITM) -- dahulunya dikenali sebagai Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (SGPI) atau 'Applied Sciences with Islamic Studies' (ASIS) -- merupakan sebuah program bersifat kerjasama antara Akademi Pengajian Islam UM (sebagai pentadbir dan menawarkan kursus-kursus major Pengajian Islam), Fakulti Sains UM (menawarkan kursus-kursus major Sains mengikut pengkhususan), dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat UM (menawarkan kursus-kursus major Teknologi Maklumat).

SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN

Ijazah SMPIS yang ditawarkan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya menawarkan lima buah pengkhususan, iaitu:

1. Bioteknologi
2. Sains Biokesihatan
3. Sains Pengurusan Alam Sekitar
4. Genetik & Biologi Molekul
5. Fizik

Ijazah SMPITM pula menawarkan sebuah pengkhususan sahaja iaitu Teknologi Maklumat.

Program ini dijalankan secara sepenuh masa dan keperluan kredit sebanyak 150 jam kredit dalam tempoh pengajian minimum lapan semester biasa dan satu semester khas atau maksimum 12 semester. Sepanjang tempoh pengajian, kaedah pembelajaran yang digunakan meliputi kuliah, tutorial, pembentangan, amali atau praktikal, dan juga latihan industri.
Founded 2002
Products Asasi Pengajian Islam dan Sains
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat
  • Aras 4, Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 50603, Malaysia
  • Get Directions

Similar places nearby