We use cookies to personalise content and ads, to provide social media features and to analyse our traffic. Read more…
SMK Seri Perak Parit Buntar Official

SMK Seri Perak Parit Buntar Official

jalan asuhan,34200,Parit Buntar,Perak, Parit Buntar, 34200, Malaysia

Get Directions

05-716 1136

Categories
Work hours Add information
About The Official Facebook Page of Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak Parit Buntar.
Instagram : Seriperakpb
Follow on Twitter: @twt_SeriPerakPB
SMK Seri Perak Parit Buntar Official cover
Mission FALSAFAH SEKOLAH
Keupayaan dan kebolehan para pelajar dapat dipupuk dan dibentuk ke arah pencapaian dan kesejahteraan hidup dengan pendidikan yang berkesan. Guru merupakan alat penggerak dalam memberi segala bentuk pendidikan yang berfaedah. Kepercayaan dan kebolehan guru menjamin taraf pendidikan yang berkualiti.


MISI
Mendidik para pelajar dengan cara memperturunkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan sesuai dengan tuntutan diri, sekolah, keluarga dan masyarakat global.


VISI
Melahirkan pelajar yang berilmu dan beramal.


MOTO SEKOLAH
‘SERI PERAK SENTIASA DI HADAPAN’


DASAR SEKOLAH
Ke arah pendemokrasian pendidikan dengan mendidik secara adil semua pelajar tanpa mengira status keluarga, keturunan serta kemampuan jasmani, emosi, rohani, dan intelek mereka.
Description Sejarah Sekolah SMKSP

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak atau nama ringkasnya SMK Sri Perak, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Asuhan.


Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1962 di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Almarhum – 31hb. Januari 1984) Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Shah pada 31hb. Oktober 1964 dengan nama SEKOLAH LANJUTAN KAMPUNG PARIT BUNTAR.Sekolah ini terletak kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar.


Pada tahun 1965 bilangan murid bertambah sehingga 204 orang termasuk 74 orang pelajar perempuan. Mereka ini dikenali dengan pelajar Aneka Jurusan. Pada tahun 1966 seramai 76 orang lagi pelajar menduduki tingkatan satu. Oleh itu pada tahun 1966 terdapat dua kumpulan aliran murid yang menuntut di sekolah ini iaitu Aliran Sekolah Lanjutan Kampung dan Aliran Aneka Jurusan.


Pada tahun 1966 seramai 100 orang pelajar Sekolah Lanjutan Kampung ini menduduki peperiksaan L.C.E dan hasilnya 45 orang daripadanya berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman, Pulau Pinang. Pada awal 1967 pelajar-pelajar teknik tersebut terpaksa mengadakan kelas peralihan di sekolah ini juga selama satu penggal sebelum berpindah ke Pulau Pinang. Di samping itu seramai 92 orang pelajar baru tingkatan satu mendaftar diri dan nama sekolah ini telah ditukar kepada SEKOLAH MENENGAH RENDAH sehingga 1974 apabila kelas tingkatan 4 sastera bermula buat kali pertama.


Pada awal tahun 1975 pihak pentadbiran sekolah telah mencadangkan tiga nama untuk menggantikan nama Sekolah Menengah Rendah Parit Buntar. Tiga nama-nama tersebut ialah:

1. Sekolah Menengah Megat Terawis


2. Sekolah Menengah Darul Ridzuan


3. Sekolah Menengah Seri Perak


Keputusan dipersetujui dengan nama SEKOLAH MENENGAH SERI PERAK, PARIT BUNTAR, PERAK. Nama ini amat sesuai kerana perkataan “Seri” bermaksud “Semarak” atau “Bercahaya” menepat
Founded 01/31/1964
  • jalan asuhan,34200,Parit Buntar,Perak, Parit Buntar, 34200, Malaysia
  • Get Directions

Similar places nearby