Wykorzystujemy pliki cookie do spersonalizowania treści i reklam, aby oferować funkcje społecznościowe i analizować ruch w naszej witrynie. Zobacz szczegóły…
Delima Humaira

Delima Humaira

Jalan Tps 1 6, Semenyih, 43500, Malaysia

Get Directions

0387236564

Add link to website

Kategorie
Godziny pracy Add information
Delima Humaira cover
Opis Assalammualaikum wbt., alhamdulillah dipanjatkan syukur ke atas-Nya kerana dengan izin-Nya perniagaan ini akhirnya dapat direalisasikan setelah beberapa lama dalam perancangan dan timbang tara yang penuh dengan kesangsian dan keraguan. Atas semangat ingin meneruskan pergerakan apabila meniti usia bersara maka kami telah mendaftarkan Delima Humaira Enterprise di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 3 Ogos 2011 (3 Ramadhan 1432H).

Kerja ubah suai premis telah bermula beberapa hari kemudian oleh Kontraktor AJ Empat yang diketuai oleh En. Anuar. Kami berasa bertuah kerana mendapat bimbingan daripada DIMAZ (health & beauty) yang diterajui oleh Tuan Haji Che Musa bin Che Saleh dan isteri beliau, Puan Hajah Zainab binti A. Kadir. Mereka telah mencadangkan reka bentuk ubah suai dan mengusahakan pemilihan perabot dan kelengkapan lain.


Lesen perniagaan telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang pada 22 September 2011 (24 Syawal 1432H). Selepas Isyak, 30 September 2011 (2 Zulkaedah 1432H), majlis bacaan Yaasin, tahlil arwah dan doa selamat telah diadakan di premis.
Majlis disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Haji Kamaruddin bin Saleh, Pengerusi dan Imam 1 Surau Al Syumul, Bandar Rinching. Turut sama adalah ahli kariah surau dan kaum keluarga.
Maka rasmilah Delima Humaira sebagai premis yang menjalankan aktiviti menyedia dan memasarkan produk kesihatan, menyewakan kemudahan bilik seminar/mesyuarat dan mengadakan seminar kesihatan.

Esoknya, 1 Oktober 2011 (3 Zulkaedah 1432H), kami menjemput penduduk setempat, rakan taulan dan kaum keluarga untuk memperkenalkan perniagaan. Majlis berlangsung antara jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kami menjamu para tetamu dengan dua ekor kambing panggang, laksa berperencah pucuk gajus dan buah-buahan. Majlis berlarutan hingga jam 12.00 tengah malam dan alhamdulillah kambing yang dipanggang akhirnya tinggal tulang! DIMAZ (health & beauty) pula mengadakan pemeri

Similar places nearby